Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baca perkongsian dari Taufiq Razif di bawah mengenai ilmu rumah tangga yang wajib diketahui terutamanya bagi mereka yang bakal berkahwin. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.
Oleh Taufiq Razif
Isteri saya yang bekerja di Unit Kecemasan pernah mendapat kes isteri diliwat suami sendiri. Rupanya dia bukan dipaksa tetapi sengaja nak mencuba. Si isteri itu pula daripada gaya percakapannya langsung tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.
Si isteri ini pula makin kena sakat dengan si suami, makin galak dia ketawa. Akhirnya dia rasa tak sedap hati. Bila ditanya pada Tok Kadi, terus Tok Kadi sahkan talak dah jatuh. Menangis air mata berdarah pun tak boleh buat apa dah. Dah nampak kenapa belajar hukum hakam ini penting, kan?
Ilmu agama pun termasuk nafkah batin. Bukan jima’ saja dikira nafkah batin ye. Okay, masuk bab hubungan suami isteri pula. Dah tahu nak kahwin esok lusa, janganlah segan-segan nak tanya orang tua bab hubungan suami isteri ini. Orang zaman dulu sebelum kahwin lagi dah siap khatam kitab khusus bab hubungan suami isteri. Ilmu kehidupan ini penting sebab ilmu inilah yang kita akan gunakan sehingga ke hari tua.
Nak malu buat apa? Benda halal kan? Jangan kau pergi tanya pada public sudahlah.
Kepada yang nak berkahwin lagi seminggu dua ini sempena cuti sekolah ataupun yang sudah lama berkahwin, saya nak pesan satu perkara sahaja.
Cuba tenung mata pasangan masing-masing, cuba tengok betapa cintanya si dia pada diri kita, kan. Alangkah bahagia kalau cinta yang ada ini boleh diteruskan sampai ke dalam syurga nanti sebab cinta di sana nanti tiada penamatnya. Cinta di dunia akan terpisah tatkala maut menjadi realiti. Tetapi cinta yang sejati akan kekal sampailah ke alam sana nanti.
Saya Taufiq Razif, minta tolong sangat-sangat share artikel ini pada pasangan masing-masing. Tetapi tolong jangan baca artikel ini sambil mendengar lagu Aiman Tino ye. Sekian.








