Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Jarang sekali kita menemui majikan yang benar-benar baik dan mengutamakan kebajikan pekerja. Majikan sebegini bukan sahaja memberi keutamaan kepada kesejahteraan pekerja, malah berusaha memastikan mereka mendapat penghargaan yang sewajarnya.
Namun, apa yang menyedihkan masih ada segelintir pekerja yang tidak menghargai kebaikan dan perhatian yang diberikan, malah mengambil kesempatan tanpa memikirkan akibatnya kepada hubungan kerja yang sepatutnya berasaskan saling hormat dan kepercayaan.
Tiga hari lalu, seorang TikToker dikenali sebagai, Along Boss, bertindak membakar sebuah motosikal yang dipercayai milik pekerjanya kerana bengang selepas mendapati lelaki itu mensia-siakan pemberiannya.
“Aku belikan kau motosikal, berikan kau kemudahan, tapi kau nak hisap batu juga kan? Haa ni habuan dia hisap batu!
“Sayangkan pekerja, belikan motosikal. Hampa nak hisap batu, ini ubat dia,” katanya.
Tindakannya itu menuai pelbagai reaksi netizen di ruangan komen. Ada yang mengatakan tindakannya itu keterlaluan kerana memusnahkan harta yang masih boleh digunakan.
‘Baik jual kat orang’
‘Rugi takpe, janji puas hati’
‘Dalam lokap’
Dadah jenis ‘batu’ merujuk kepada methamphetamine atau lebih dikenali sebagai “syabu,” sejenis dadah sintetik yang sangat berbahaya dan memudaratkan. Ia biasanya berbentuk kristal seperti kaca atau batu kecil, yang dihisap atau disuntik oleh penagih untuk mendapatkan kesan rangsangan yang kuat.
Dadah ini memberi tenaga yang melampau serta perasaan euforia, namun kesan sampingannya amat serius, termasuk ketagihan, kerosakan otak, masalah kesihatan mental, dan kemerosotan fizikal. Penggunaan berterusan boleh merosakkan kehidupan individu serta memberi kesan negatif kepada masyarakat.