'Tak mahu minta maaf tak apa, teruskan pusing sana sini' - Akmal Saleh | The Reporter

‘Tak mahu minta maaf tak apa, teruskan pusing sana sini’ – Akmal Saleh

Potret gabungan Akmal Saleh dan Wee Ka Siong yang sedang berbalas kenyataan isu pengambilan pelajar universiti awam.
Akmal Saleh dan Wee Ka Siong terus saling balas kenyataan dalam isu pengambilan pelajar UA | Kredit gambar: Google Images

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh tampil menjawab kenyataan Presiden MCA, Wee Ka Siong yang enggan memohon maaf kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menerusi hantaran di Facebook, Akmal menegaskan beliau tidak pernah “menyerbu” Wee seperti yang didakwa, sebaliknya hanya menegur dengan cara baik.

“Rileks lah YB Wee Ka Siong. Mana ada saya serbu, saya cakap dengan elok sahaja. Kalau saya serbu, bukan macam ini cara saya,” tulisnya.

Baca juga:

“Kalau salah fakta, minta maaf”

Akmal turut mengingatkan bahawa dalam sesuatu isu, fakta yang salah perlu diakui dengan berlapang dada. Katanya, tiada salah untuk memohon maaf sekiranya berlaku kesilapan fakta.

“Yang salah kita katakan salah, yang betul kena katakan betul. Kalau dah salah fakta, minta maaf, jangan pusing sana sini,” katanya.

Rakyat boleh menilai
Dr Akmal Saleh menolak tawaran dari Tun Mahathir

Menurutnya, tindakan berterusan menafikan fakta hanya akan menimbulkan kekeliruan. Beliau menambah bahawa rakyat mampu menilai siapa yang benar dan siapa yang cuba memutar belit isu.

“Kalau tidak mahu minta maaf, tak apa. Teruskan pusing sana sini. Kerana rakyat tahu menilai siapa yang pusing, siapa yang benar,” katanya lagi.

Isu ini timbul selepas Wee Ka Siong menolak desakan Akmal supaya memohon maaf kepada KPT, dengan alasan beliau hanya menuntut penjelasan mengenai data pengambilan pelajar ke universiti awam yang didakwa bercanggah.

Related Posts