Adun DAP cadang tubuh jawatankuasa khas selesai isu pencerobohan tanah di Pahang | The Reporter

Adun DAP cadang tubuh jawatankuasa khas selesai isu pencerobohan tanah di Pahang

Pokok durian yang telah ditebang di kawasan tanah tinggi berbukit di Pahang
Pokok durian Musang King ditebang dalam operasi penguatkuasaan terhadap kebun haram di Raub, Pahang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isu pencerobohan tanah di Pahang yang semakin meruncing mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas untuk mencari penyelesaian yang lebih adil dan menyeluruh.

Beliau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa tersebut bagi meneliti masalah pencerobohan yang berlaku sejak sekian lama, sama ada membabitkan penduduk tempatan mahupun individu dari luar Pahang. Katanya, jawatankuasa itu boleh dianggotai oleh pakar dalam bidang berkaitan seperti bekas pegawai tanah, akademik, ulama, pihak berkuasa, dan peguam.

“Jawatankuasa ini wajar diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukakan pelan tindakan kepada kerajaan. Kita tak boleh biarkan tanah diceroboh terus tanpa tindakan, nanti hasil tanaman pula dicuri. Tanaman yang sudah ada pun, mustahil untuk dimusnahkan begitu saja. Lebih baik dimanfaatkan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Cadangan itu dibuat ketika perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Isu ini kembali hangat selepas kerajaan negeri menjalankan operasi penguatkuasaan pada 8 April lalu ke atas kebun durian Musang King haram di Raub yang melibatkan kawasan seluas lebih 200 hektar. Namun tindakan tersebut mendapat bantahan daripada pekebun yang tidak memiliki permit sah.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Pahang turut memberi peringatan bahawa sebarang bentuk sokongan terhadap pencerobohan tanah tidak boleh dianggap sebagai perjuangan, sebaliknya merupakan perbuatan yang melanggar undang-undang.

Sementara itu, Tengku Zulpuri menambah bahawa durian Musang King dan produk berasaskan buah itu seperti biskut, lempok, kuih bulan dan ais krim, bukan sahaja menyumbang kepada sektor agropelancongan, tetapi juga berperanan memelihara ekosistem kerana pokok durian membantu mengekalkan kehijauan alam sekitar.

Related Posts