Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“Nak share sikit. Kucing milik kawan saya hilang selama 42 hari. Then, sekarang ini masalahnya, kucing kawan saya ini telah ditemui oleh pemilik pet shop, Meyaw Cat Mart (MCM). Dia post di Facebook dia tentang kucing itu untuk mencari pemilik kucing berkenaan.
MCM pula memberi penjelasan bahawa mereka mengenakan caj mengikut harga sebenar tanpa tambahan satu sen, malah menegaskan mereka telah memberikan diskaun yang banyak.
“Apa yang disediakan dan diberi kepada kucing tersebut selepas tiga minggu adalah di atas sayang kami kepada kucing tersebut dan anggap macam kucing kami sendiri.
“Ini adalah mesej semasa mula-mula ‘owner’ claim kucing tersebut. Semasa kami adakan perbincangan antara pengurusan, kami nak caj ikut standard boarding paling murah dari RM10 hingga RM15 (akan jadi RM900 lebih). Tapi berniaga bukan matlamat utama kami sebab tujuan berniaga sebagai muslim adalah untuk berikan kebaikan dan khidmat kepada masyarakat tak kira apa kaum dan agama.