Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Dalam agama Islam, diterapkan beberapa larangan dan adab sesuatu perbuatan yang perlu diikuti bagi menggambarkan individu sebagai seorang yang pembersih, perilaku yang positif serta mendidik jiwa dan peribadi.
Seperti yang dikongsikan menerusi TikTok Masjid Banda Seri Putra, meniup air panas adalah satu perbuatan yang dilarang oleh Nabi Muhammad S.A.W.
“Sebahagian ulama pula menyatakan perbuatan meniup itu adalah makruh.
“Ulama mentafsirkan larangan ini adalah berkait adab dan kebersihan,” katanya.
Perbuatan meniup air panas ini dikatakan menggambarkan sikap sesorang yang gelojoh, tidak sabar dan tantrum. Ia bukan sahaja menggambarkan sikap tetapi menyentuh aspek kebersihan.
“Benda-benda yang kotor keluar dari mulut kita masuk ke dalam minuman yang kita minum,” katanya.
Perbuatan ini juga bukan sahaja ditegah dalam agama, tetapi menurut perkongsian itu, kajian sains juga membuktikan beri kesan kepada kesihatan.
“Apabila kita tiup air, karbon dioksida dalam nafas akan bercampur dengan molekul air dan akan terhasil satu asid yang akan menyebabkan perut menjadi tidak selesa,” katanya.