'Ada orang kata pakaian macam pondan, tapi saya selesa & tak kisah apa orang nak cakap' - The Reporter

‘Ada orang kata pakaian macam pondan, tapi saya selesa & tak kisah apa orang nak cakap’

Mahu tampil dengan busana berlainan dengan orang lain di hari raya, itulah alasan Muhammad Faddrullah Ismail menggulas mengenai kritikan orang ramai selepas gambarnya memakai persalinan Aidilfitri yang luar dari kebiasaan.

Menurut pengurus bahagian khidmat pelanggan sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu, Muhammad Faddrullah menjelaskan dia tidak kisah dengan apa yang orang kata dan mereka mempunyai hak untuk bersuara.

Apa yang penting baginya ialah, keluarganya boleh menerima kelainan itu selain dia juga puas dapat berpakaian sedemikian.

“Nak kata apa terpulang, kerana setiap individu ada hak berusara dan setakat ini, keluarga okay. Malah abang serta kakak yang bantu tangkap gambar saya di pagi raya.

“Saya tak suka pakai sesuatu yang sama dengan orang lain dan mahukan kelainan. Jadi saya jahit sendiri baju raya. Ikutkan, saya mula lakukan sejak 2013 lagi bermula dengan membuat lakaran, kemudian baru menjahit.

“.. saya akan jahit pada saat akhir iaitu seminggu sebelum raya kerana perlu siapkan tempahan pelanggan dulu. Ini kerana saya masih ambil upah menjahit baju raya secara sambilan untuk menambah pendapatan,” katanya memetik laporan dari Harian Metro, Isnin, 24 April 2023.

Pada tahun ini hanya Muhammad Faddrullah hanya menghasilkan dua persalinan untuk raya pertama dan kedua dengan tema cetusan warna. Kos yang dibelanjakan untuk dua persalinan itu adalah lebih kurang RM4,000.

Kecaman orang ramai bukan batu penghalang buat dirinya. Keluarganya sendiri juga tidak menghalang, malah tertunggu-tunggu selain memberi dorongan kepadanya untuk menghasilkan fesyen yang kreatif.

“Saya selesa kerana jahit untuk pakai sendiri dan tak kisah apa orang nak cakap. Kebanyakan memang mengeji, kata pakaian macam pondan tetapi ada juga memuji hasil kreativiti saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!