'Ada lelaki nak isterinya jadi suri rumah, tetapi ada juga lelaki nak isterinya bekerja' - The Reporter

‘Ada lelaki nak isterinya jadi suri rumah, tetapi ada juga lelaki nak isterinya bekerja’

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Dalam sesebuah perkahwinan perlu ada sikap tolak ansur dan saling membantu bagi menjamin sebuah ikatan yang kekal abadi.

Ketika ini, kebanyakan para isteri memilih untuk bekerja berbanding menjadi suri rumah. Beberapa faktor yang menyumbang ke arah keputusan itu antaranya kos hidup yang semakin tinggi menyebabkan kedua-dua mereka perlu keluar mencari rezeki.

Ada juga yang memilih untuk bekerja kerana tidak mahu berasa jemu dengan hanya melakukan tugasan rumah. Bagaimanapun, perkara tersebut merupakan hak masing-masing.

Namun, ada pendapat yang mengatakan lelaki yang menjadikan isterinya sebagai suri rumah merupakan satu pencapaian baginya kerana dapat menyediakan segala keperluan buat isterinya.

Tetapi, terdapat juga lelaki yang menganggap isteri yang merupakan seorang suri rumah tidak melakukan apa-apa kerja dan dianggap hanya goyang kaki sahaja. Walaupun sudah berpenat lelah melakukan kerja rumah, ada lelaki yang fikir suri rumah hanya menghabiskan duit suami.

Bagi netizen, si suami yang menyediakan segala keperluan buat isteri merupakan satu bonus. Dalam masa sama, wanita juga dinasihatkan supaya mencari pendapatan atau duit sendiri bagi keperluan dan kepuasan diri.

Dalam hantaran itu juga, wanita bujang dinasihatkan supaya berfikir dan berbincang dengan bakal pasangan dengan sebaiknya bagi membuat keputusan samada memilih untuk bekerja atau suri rumah.

Sumber: Angeline

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!