Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian selepas meluahkan perasaan di Threads berkenaan kemelut lama yang kembali dibangkitkan, termasuk isu nafkah anak dan campur tangan keluarga bekas suaminya, Norman Hakim.
Dalam hantaran penuh emosi di Threads, Abby Abadi mempersoalkan dakwaan pihak tertentu yang menuduhnya ‘meroyan’ dan mencari perhatian, susulan kontroversi tercetus apabila satu komen di media sosial mendakwa beliau sudah menerima “berjuta” daripada Norman, sebelum disusuli komen ahli keluarga pelakon itu yang menuduhnya sekadar mencari publisiti dan membuat kekecohan.
“Terbacaaaa lagi.. ‘Move on jelah’ ‘Tak classy’ ‘Meroyan’ ‘Merentan’… eh ehh ehh.. 17 tahun kita diam, tak nak pulak cop kita Wanita Dambaan Syurga. Lepas 17 tahun berbunyi kata macam-macam.”
Abby menegaskan bahawa selama ini dia menanggung sendiri segala keperluan anak-anak tanpa bantuan daripada keluarga Norman selepas perceraian.

“Dah bagi berjuta? Berapa juta? Masuk akaun mana? Bagi dekat siapa? Sembangnyaaaaa… walhal dari bercerai dulu tak pernah pun keluarga dia ambil tahu hal saya dengan anak-anak. Semua saya uruskan sendiri, bayar sendiri.”
Lebih mengejutkan, Abby mendedahkan dia pernah dipukul hingga berdarah oleh Norman, namun tidak membuat laporan polis demi menjaga aib rumah tangga ketika itu.
“Nak gaduh lagii? Nak tahu tak adik awak tu pernah pukul saya setengah mati? Bila tengok berdarah teruk, bawa pergi klinik dan bagitau doktor kata accident (macam bodoh sangat doc tu kan?) Pernah tahu tak ni? Ada tak saya report polis? Tak ada sebab jaga aib suami la kononnya masa tu.”
Abby turut mempertikaikan tindakan ahli keluarga Norman yang menurutnya terlalu berani menjawab di media sosial walaupun tidak mengetahui keadaan sebenar.
“Mentang-mentanglah dibawa pergi umrah naik business class, bukan main sombong lagi nak back up adik sendiri. Patut tanya adik tu, nasihatkan suruh bagi duit makan minum tempat tinggal yang dah 17 tahun tak pernah bagi.”
Abby turut merayu kepada netizen agar membantu menyuarakan isu ini agar pihak yang terlibat bertanggungjawab.
“Selain ALLAH, Ketua Netizen & Netizen-netizen seluruh Malaysia! Tolonggggg sayaaaa.. saya perlukan anda semua! Tolong gegar Norman Hakim tu,” tulisnya.








