Abbe Hae dedah Ayahanda Rani pernah berkhidmat dalam Tiger Platoon | The Reporter

Abbe Hae dedah Ayahanda Rani pernah berkhidmat dalam Tiger Platoon

Ayahanda Rani Kulop bersama aktivis Abbe Hae ketika pertemuan di Sri Gombak.
Gambar: Facebook Abbe Hae.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Aktivis sosial, Abbe Hae, mendedahkan bahawa figura terkenal, Ayahanda Rani Kulup, pernah berkhidmat dalam pasukan elit tentera dikenali sebagai Unit Compact Intelligence Squad (Tiger Platoon) serta memiliki kepakaran dalam bidang letupan.

Menurut Abbe, ramai yang tidak mengetahui latar belakang Ayahanda Rani sebagai bekas anggota tentera yang berdisiplin dan berpengalaman luas dalam bidang keselamatan negara.

“Barang legend ni, boss. Abbe juga dapat info bahawa dia dulu adalah pakar bom. Orang yang tak kenal beliau dulu selalu mempersendakan beliau, tapi Ayahanda Rani jenis buat ‘do know’ jer,” tulisnya dalam hantaran di media sosial.

Abbe berkata, dalam pertemuan mereka di Sri Gombak baru-baru ini, beliau berpeluang berbual panjang dengan Ayahanda Rani yang turut menitipkan nasihat mengenai cara menangani kecaman di media sosial.

“Nasihat Ayahanda Rani pada Abbe, bila kita buat kebaikan dan kita dikecam, kita kena banyak bersabar dan jangan cepat melatah terutama dalam media sosial,” katanya.

Baca juga:

Menurut Abbe, Ayahanda Rani menegaskan bahawa tindakan memberi reaksi berlebihan di media sosial hanya menunjukkan seseorang itu tidak bijak dalam menguruskan emosinya sendiri.

“Katanya biarlah kecaman itu berlalu begitu saja. Buat semua rakan yang terlibat dengan dunia media sosial, nasihat Ayahanda Rani ini memang ada benarnya,” ujar beliau.

Related Posts