Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kecoh seketika di video tular di sebuah pasar raya apabila suasana tenang bertukar riuh gara-gara seorang lelaki ‘melarikan’ standee ahli kumpulan K-pop terkenal, MINGYU SEVENTEEN.
Semuanya bermula apabila seorang lelaki dilihat sedang merakam gelagat peminat dekat stesen SNICKERS di sebuah pasar raya yang menampilkan standee bersaiz sebenar MINGYU.
‘Carats’ dilihat beratur panjang untuk bergambar dengan standee idola mereka, buatkan tempat tu jadi ‘extra’ meriah dengan kehadiran peminat.
Dari ‘kecam’ jadi pelaku utama
Namun siapa sangka, beberapa saat kemudian dialah yang mencuri perhatian apabila tiba-tiba meluru ke arah standee MINGYU dan terus mengangkatnya sebelum berlari pergi.
Orang ramai menjerit dan ketawa, malah ada yang cuba mengejarnya sambil merakam kejadian itu. Lebih mencuit hati, dalam lariannya yang kelam-kabut itu, dia sempat ‘mencium’ standee berkenaan membuatkan suasana bertukar lebih gamat daripada konsert sebenar.
Netizen terhibur, tapi kasihan juga dekat peminat lain
Rata-rata netizen terhibur menonton gelagat lelaki tersebut, dengan ramai yang menganggap tindakannya spontan dan lucu. Ada juga yang berseloroh mengatakan mungkin dia sendiri tak faham kenapa orang lain begitu teruja dengan MINGYU jadi dia nekad jadi sebahagian daripada ‘drama’ itu.
Apa pun, semoga standee berkenaan berjaya “diselamatkan” semula. Kepada peminat MINGYU yang masih belum sempat bergambar, sabarlah ya… ingatlah orang belakang pun nak bergambar juga!
Macam ni lah jadinya bila abang pun akhirnya terjebak dengan dunia fandom dari tengok je, terus jadi bahan tular!
Korang ada yang dah try SNICKERS Strawberry ni? Rasa kacang, pastu ads twist rasa strawberi gabung dengan coklat patutlah Mingyu suka!
Dapatkan SNICKERS Strawberry di pasaraya berhampiran sebelum terlambat, takut ‘abang’ dia kaut semua pula.
Maklumat dan info lanjut ikuti SNICKERS di Instagram and Facebook.








