“Abang suruh kau rehat sehari je dik, tapi kau rehat selamanya,” demikian kata majikan kepada wanita yang mati dibunuh oleh teman lelakinya, sebelum perutnya ditoreh bagi mengeluarkan janin, hasil perhubungan luar nikah mereka, dalam kejadian beberapa hari lalu.
Menurut Eirham, mangsa yang bernama Nor Anisah, merupakan anak yatim piatu yang tinggal bersama adik beradiknya, bersifat manja dan peramah orangnya membuatkan orang di sekeliling menyenangi kehadirannya.
Walaupun sukar untuk menerima kenyataan mengenai kejadian yang menimpa mangsa, Eirham redha dan nekad menuntut keadilan untuk mangsa.
“Abang majikan dia. Dia memang rapat dengan keluarga abang. Dia anak yatim piatu, selalu keluar bersama, lepak di rumah. Anak-anak abang pun sayangkan dia. Dia pernah tolong jaga anak.
“Abang redha dengan semua ni, kau bagi satu pengajaran yang berharga dik. Tak apalah adik, kau rehatlah. Abang tahu kau lelah menghadapi semua ini. Abang berjanji, abang akan pastikan pemergian kau terbela,” katanya.
Eirham mengakui dia sering mengusik mangsa dengan memanggilnya namanya Arissa Nur Anisah kerana hampir sama dengan nama anaknya. Namun, usikan itu kini hanya tinggal kenangan.
“Abang selalu panggil kau Arissa Nur Anisah. Kau cukup suka kalau abang panggil camtu. (Tapi kini).. kau tinggalkan seribu satu kenangan, pengalaman,” ujarnya.
Semalam media melaporkan kes pembunuhan tragis yang melibatkan seorang wanita mengandung empat bulan. Suspek pembunuhan tersebut yang berusia 21 tahun dikatakan merupakan teman lelaki mangsa.