Abang baju merah dihukum penjara 9 hari lagi kerana tampar dua pekerja restoran steamboat Cameron Highlands | The Reporter

Abang baju merah dihukum penjara 9 hari lagi kerana tampar dua pekerja restoran steamboat Cameron Highlands

Abang baju merah yang tunjal kepala perempuan dalam video viral diperintah jalani hukuman penjara 9 hari kerana menampar staff restoran.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mohamad Zaim Faiz Tarmizi yang menunjal kepala wanita yang didakwanya memandu secara berbahaya dalam video tular beberapa minggu lalu, hari ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan tampar dua pelayan restoran di Cameron Highlands.

Mahkamah Majistret Cameron Highlands menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan hari selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah.

Selain itu, Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman turut memerintah tertuduh berusia 29 tahun itu menjalani hukuman penjara tambahan selama sembilan hari jika gagal membayar denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh diperintah menjalini hukuman tersebut secara serentak bermula daripada tarikh dia ditangkap pada Khamis lalu.

Mengikut fakta kes, penyelia kilang di Serdang, Selangor itu didakwa menampar dua pekerja restoran, Samir Das dan V Dennis Pillai, dengan sengaja sehingga menyebabkan kecederaan. Kejadian itu berlaku di restoran steamboat di Tanah Rata, jam 4.20 petang, 4 Jun.

Sebelum dijatuhkan hukuman, tertuduh kelihatan sebak dan mengesat air matanya. Dia merayu agar mahkamah mengenakan denda minima. Ini kerana dia perlu menanggung isterinya yang akan bersalin tidak lama lagi, selain mempunyai seorang anak yang masih kecil.

Tertuduh mengakui dia sudah insaf selepas menjalani hukuman penjara tujuh hari bagi kesalahan menunjal kepala pemandu Myvi. Kini dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.

Timbalan Pendakwa Raya, S Punitha bagaimanapu nmemohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal untuk memberi pengajaran.

Sumber: Astro Awani

Related Posts