Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Insiden Jalur Gemilang digantung terbalik baru-baru ini berkemungkinan berpunca daripada kurangnya pemahaman mengenai kedudukan bendera yang betul, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata, kejadian itu tidak wajar diperbesarkan kerana besar kemungkinan ia berlaku tanpa niat jahat.
“Saya rasa ini kejadian kecil. Kita perlu lihat puncanya. Orang yang menggantung bendera itu mungkin tidak faham tentang kedudukan yang betul. Takkan mereka sengaja nak buat macam tu.
“Salah tetap salah. Jalur Gemilang perlu dihormati, tapi kita juga perlu ambil pendekatan untuk mendidik bukan terus menghukum,” katanya memetik laporan Kosmo, Isnin.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Beliau menzahirkan rasa kesal terhadap insiden itu dan menekankan pentingnya rakyat lebih peka terhadap simbol negara.
“Ini lambang kedaulatan negara. Bila terjadi seperti ini, ia mengganggu sensitiviti rakyat pelbagai kaum. Kita jangan cepat melatah, beri peluang untuk faham dulu,” ujarnya.

Aaron turut menggesa semua pihak supaya tidak menjadikan isu itu sebagai bahan politik atau menambah ketegangan.
“Saya tahu ramai yang marah dan rasa terganggu, tetapi jangan jadikan isu ini untuk mencetuskan pergaduhan. Jalur Gemilang lambang penyatuan, bukan perpecahan,” katanya.
Beliau menyeru rakyat menjadikan insiden itu sebagai peringatan untuk lebih teliti ketika memasang bendera serta mendalami makna sebenar bendera kebangsaan.
Sumber: Kosmo!








