'Bila YB sendiri cakna, tak ada masalah kita bagi sokongan penuh' - Achey | The Reporter

‘Bila YB sendiri cakna, tak ada masalah kita bagi sokongan penuh’ – Achey

Achey ketika berkongsi mengenai isu kampung dan menghargai tindakan Azeez Rahim turun padang mendengar keluhan masyarakat.
Achey ketika berkongsi mengenai isu kampung yang tular dan menghargai tindakan pemimpin turun padang mendengar keluhan masyarakat.

Pelakon dan pelawak Achey mendakwa video berkaitan isu sebuah Kampung Usaha Jaya, Labis yang tular di media sosial telah dipotong-potong sehingga menimbulkan salah tafsir terhadap kenyataan asalnya.

Menurut Achey, perkara yang dibangkitkannya bukan berkaitan kemudahan atau kekurangan fasiliti semata-mata, sebaliknya mahu mengetengahkan isu dalaman masyarakat serta kebajikan anak muda di kampung berkenaan.

“Saya ‘spark’ sikit sahaja, saya bagi kecoh sikit sahaja. Tidak sangka video itu terus viral. Isunya isu kampung sahaja,” katanya.

Beliau berkata, selepas video tersebut tular, barulah lebih ramai pihak mengetahui keadaan kampung berkenaan dan mula mengambil berat mengenai permasalahan yang dihadapi penduduk.

“Apa yang kita nak sampaikan bukan tentang fasiliti. Budak kampung saya walaupun fasiliti tidak cukup, mereka tetap hidup. Alhamdulillah. Tetapi yang kita nak bawa adalah masalah dalaman masyarakat kampung itu,” katanya.

Video sebelum disunting

Achey turut mendakwa rakaman videonya telah disunting dengan memotong beberapa bahagian sehingga menyebabkan maksud asalnya disalah tafsir dan digunakan untuk menyerang pihak tertentu.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada beberapa pemimpin yang turun padang bertemu serta mendengar sendiri keluhan anak muda di kampung tersebut.

Baca juga:
@achey_kintangkintung

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


kita masih open mana calon nak dtg singgah kampung kecil saya tuuu.. #kampungusahajayalabis .. yang dtg kita alu alukan tak kesah laa awak dari mana punn.. tunjukkan effort korang untuk mendengar.. jgn bercakap je.. tq dato sri dr azeez abd rahim dan yb tuan tan chong .. marilah yang lain turun jenguk2 🤣

♬ original sound – ACHEY KINTANG KINTUNG – ACHEY KINTANG KINTUNG
Penghargaan turun padang

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Azeez Rahim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari Baling, Kedah, yang hadir mendengar permasalahan berkenaan selain menghargai tindakan Tan Chong yang merupakan calon Barisan Nasional (BN-MCA) yang bertanding di kerusi Bekok yang turun sebanyak dua kali.

“Bila YB sendiri cakna dengan benda-benda macam ini, kita tidak ada masalah untuk beri sokongan penuh,” katanya.

Achey berkata, beliau berharap lebih ramai pihak tampil turun ke lapangan bagi mendengar sendiri permasalahan masyarakat, bukannya hanya bergantung kepada panggilan telefon atau maklumat di media sosial.

Mengulas mengenai tindakan pihak yang hanya memberi perhatian selepas isu menjadi tular, Achey berkata perkara itu menunjukkan kuasa media sosial dalam mengetengahkan isu masyarakat.

“Kalau tidak viral, awak cari tak budak-budak kampung saya? Dah selesai. Kita tunggu selepas PRN. Kalau tidak jalan juga, kita viral lagi,” katanya.

Related Posts