NRES sedia beri kerjasama penuh siasatan SPRM isu pemindahan gajah ke Jepun | The Reporter

NRES sedia beri kerjasama penuh siasatan SPRM isu pemindahan gajah ke Jepun

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, mengulas mengenai siasatan SPRM berkaitan pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Jepun.
Dara, Amoi, Kelat

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh dan menyeluruh kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan berhubung proses pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping, Perak ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Menteri, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata kerjasama tersebut penting bagi memastikan siasatan dapat dilengkapkan secara menyeluruh, telus dan berintegriti, selaras dengan prinsip ketelusan, akauntabiliti serta kedaulatan undang-undang yang menjadi asas pengurusan hidupan liar negara.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku, penyelewengan atau pelanggaran prosedur dalam urusan pemindahan berkenaan.

“Kementerian juga tidak akan sesekali berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku, penyelewengan atau pelanggaran prosedur dalam urusan pemindahan berkenaan demi memelihara integriti institusi serta nama baik negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Baca juga:

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung isu pemindahan tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun yang sebelum ini mencetuskan perhatian umum.

SPRM turut mendapatkan keterangan daripada sekurang-kurangnya empat agensi berkaitan, termasuk NRES dan PERHILITAN Perak, bagi membantu siasatan.

Related Posts