Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menyimpan resit atau bukti pembayaran ketika melancong ke luar negara, selepas melalui pengalaman tidak menyenangkan.
Menurut perkongsian Norain Mohd Yunus, dia bersama lima rakan telah makan di sebuah restoran terkenal di Jakarta pada 13 Mei sekitar jam 11 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Bandung. Mereka menikmati sekitar sembilan jenis lauk dengan jumlah bil sebanyak Rp907,500 dan mendakwa pembayaran telah dibuat menggunakan kad selepas selesai makan.
Namun beberapa hari kemudian, ketika mereka sudah berada di Bandung dan kembali semula ke Jakarta, timbul dakwaan tular bahawa kumpulan tersebut tidak membuat pembayaran di restoran berkenaan. Perkara itu dimaklumkan kepada mereka melalui pemandu pelancong, sekali gus mengejutkan dan menimbulkan rasa tidak puas hati.
“Dia kata management restoran dah viralkan kitorang sebab tak bayar masa makan hari tu. Viral after 3 hari kitorang kat Bandung dan dah balik Jakarta semula.
“Kami tak puas hatilah sebab memang bayar walaupun masa makan adalah melawak cakap nak lari sorang-sorang sebab nak suruh kawan kami yang sorang lagi bayar. Bukan lari terus tak bayar,” katanya.
Baca juga:
- Azalina nasihat Ahli Parlimen jangan mudah kosongkan kerusi sebelum tamat penggal
- Suami guru besar ditahan reman, disyaki intai murid perempuan di tandas sekolah
- Wanita kongsi pengalaman dituduh tak bayar makan di restoran terkenal Jakarta

Bagi membersihkan nama, mereka segera mencari semula resit pembayaran serta menyemak beg dan barangan peribadi masing-masing. Dalam masa yang sama, tangkap layar bukti transaksi kad turut dihantar kepada ejen pelancongan sebagai pengesahan awal sementara resit asal ditemui.
Pihak pengurusan restoran kemudian mengakui berlaku salah faham atau ‘miscommunication’ dalam kejadian itu dan menjelaskan situasi sebenar kepada semua pihak terlibat.
“Travel agent kami minta pihak restoran buat permohonan maaf sebab nak bersihkan nama travel agent dan nama kami sekali. Nanti tak pasal-pasal tak lepas Imigresen nak balik,” katanya.
Insiden itu kini dianggap selesai, namun wanita berkenaan menegaskan bahawa pengalaman tersebut menjadi pengajaran penting. Dia berharap orang ramai lebih berhati-hati dan sentiasa menyimpan resit atau bukti pembayaran, kerana perkara kecil itu boleh mengelakkan salah faham besar ketika berada di luar negara.









