Anak Amyza Aznan, Adrian curi perhatian di pentas TTMM | The Reporter

Anak Amyza Aznan, Adrian curi perhatian di pentas TTMM

Adrian Adam menyampaikan lagu Ku Mohon di pentas TTMM sambil menerima standing ovation daripada penonton.
Adrian sampaikan lagu Ku Mohon

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Anak kedua kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencuri perhatian ramai apabila membuat penampilan istimewa di pentas program Talk To My Manager (TTMM).

Adrian tampil mempersembahkan lagu Ku Mohon nyanyian asal Datuk Sheila Majid sebelum menerima sorakan dan standing ovation daripada penonton yang hadir.

Persembahan tersebut terlebih dahulu diumumkan oleh pengacara Aznil Nawawi sebelum Adrian naik ke pentas. Suara merdu anak muda itu nyata menyentuh hati ramai sehingga ada penonton dilihat gagal menahan sebak.

Malah, pengurus artis program TTMM turut kelihatan mengalirkan air mata ketika menyaksikan persembahan berkenaan.

@astrogempak

1 Malaysia tersentuh dengan persembahan Ian malam ni. Semoga Ian cepat sembuh min doakan 😭😭 Talk To My Manager Musim Ke-2 🗓️ Setiap Ahad 🕰️ 8.30 Malam | Checkout TTMM 2 ⏰ 9 Malam | Main Show TTMM2 📺 Astro Ria, sooka dan Astro One Strim lebih, jimat lebih dengan Astro One: Epic Pack. Dari RM159.99/bln*, nikmati 140+ saluran, sukan LIVE serta 7 aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+, iQIYI, Prime Video dan banyak lagi. Memang puas hati sekeluarga! #TalkToMyManagerMY #AstroOne

♬ original sound – Gempak – Gempak

Juri tetap, AC Mizal turut memuji kualiti vokal Adrian dan menyifatkan suaranya sedap didengar meskipun menyampaikan lagu tersebut dalam keadaan duduk.

Sementara itu, Amyza, 49, memaklumkan anaknya kini sedang giat menjalani rawatan bagi menangani kanser tulang yang dihidapinya.

“Sekarang ini dia sedang mendapatkan rawatan.

“Seterusnya baru kita tahu ketumbuhannya sudah merebak atau tidak,” katanya.

Baca juga:
@fariqkhaled1

Adrian Adam 🎤 Ku Mohon ( a song from Dato Sheila Majid) Words can’t describe how much we’re proud of you tonight, and forever ❤️

♬ original sound – Fariq Al-Khaled – Fariq Al-Khaled

Perkongsian itu sekali lagi membuatkan ramai penonton tersentuh hati, lebih-lebih lagi selepas melihat ketabahan Adrian membuat persembahan di hadapan umum.

Terdahulu, Amyza pernah berkongsi khabar duka apabila Adrian disahkan menghidap kanser tulang pada bulan Ramadan lalu.

Related Posts