PU Rahmat jelaskan sebab ada peserta GSF 2.0 dirahsiakan identiti | The Reporter

PU Rahmat jelaskan sebab ada peserta GSF 2.0 dirahsiakan identiti

PU Rahmat jelaskan sebab peserta GSF 2.0 dirahsiakan.
PU Rahmat Ikhsan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penceramah bebas PU Rahmat Ikhsan menjelaskan mengapa wajah sesetengah peserta delegasi Malaysia bagi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Semenanjung Gaza dirahsiakan.

Menurut beliau, peserta yang dirahsiakan wajahnya biasanya mereka yang pertama kali menyertai misi, bagi tujuan keselamatan dan perlindungan identiti. Manakala peserta yang pernah terlibat sebelum ini, seperti Ardell Aryana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Haroqs adalah bekas peserta sebelum ini, manakala wajah yang diblur biasanya bagi mereka yang pertama kali menyertai misi.

Bagi wartawan dan pempengaruh seperti Ahmad Faezal, wajahnya tidak dirahsiakan kerana beliau mengambil risiko penuh dan tugasan sebagai wartawan memerlukan identiti mereka dizahirkan.

“Ada beberapa faktor mempengaruhi sama ada wajah dizahirkan atau tidak. Peserta lama wajahnya dizahirkan, manakala peserta baru dirahsiakan untuk keselamatan,” jelas PU Rahmat.

Beliau juga menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen mengenai risiko keselamatan.

“Risiko lebih tinggi sebab sekarang sedang perang lebih besar kerana melibatkan Iran,” katanya.

Baca juga:
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 Malaysia

Delegasi Malaysia membawa lebih 30 kontena bantuan untuk rakyat di sempadan Rafah, kawasan yang dikenali sebagai paling kontroversi dan berisiko tinggi. PU Rahmat menekankan bahawa misi kali ini merupakan antara usaha diplomasi dan kemanusiaan paling mencabar, dengan harapan bantuan dapat sampai dengan selamat.

Program Doa Selamat dan Flag Off dijadualkan pada jam 3 petang di KLIA Terminal 1 bersama Imam Asyraf dan PU Amin, sebelum penerbangan terakhir malam ini. Setakat ini, empat kumpulan delegasi Malaysia telah berlepas ke misi GSF 2.0, termasuk penyanyi dan aktivis Heliza Helmi serta adiknya, Hazwani Helmi.

Misi kemanusiaan GSF 2.0 dilancarkan pada 12 April ini dari pelabuhan Barcelona, Sepanyol, dan merupakan usaha berterusan Malaysia dalam menyokong rakyat Gaza.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan turut menyertai misi ini. Beliau mengetuai delegasi Malaysia, termasuk memastikan proses pelepasan kontena di Kaherah berjalan lancar. Beliau turut dijadual memimpin sidang khas di Pintu Sempadan Rafah bagi menyuarakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu kepungan Gaza, selain memantau pelepasan Delegasi Sumud Nusantara di Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.

Related Posts