Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sin Sing Coffee Sdn. Bhd. menafikan sebarang kaitan dengan maklumat dan gambar yang tular baru-baru ini mengenai penggunaan peralatan pembersihan yang didakwa tidak mematuhi piawaian halal.
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak syarikat menegaskan bahawa gambar dan maklumat berkenaan tidak berkaitan dengan persekitaran atau peralatan pengeluaran mereka.
Syarikat berkenaan menegaskan bahawa mereka hanya menumpukan kepada pengeluaran produk kopi dan tidak menghasilkan sebarang produk biskut.
Dalam kenyataan, Sin Sing Coffee turut memaklumkan bahawa semua proses pengeluarannya mematuhi piawaian pensijilan Halal Malaysia serta garis panduan kebersihan dan syariah.
“Status halal syarikat masih sah dan boleh disemak melalui portal rasmi Halal Malaysia di https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/dengan carian “Sin Sing Coffee”,katanya.
Baca juga:
- ‘Kematian Zara Qairina paling konsisten dengan tindakan mengakhiri nyawa sendiri’ – Pakar
- Sin Sing Coffee tepis dakwaan terkait isu peralatan tidak halal
- TNB nafi dakwaan kenaikan tarif elektrik mulai April
Beroperasi lebih 67 tahun, syarikat itu menegaskan komitmen mereka dalam menghasilkan produk berkualiti serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
“Kami menyeru orang ramai agar tidak mempercayai maklumat yang tidak disahkan atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham.
“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda,” kata pihak syarikat.
Terdahulu, Jabatan Agama Islam Melaka memaklumkan sebuah kilang yang menghasilkan produk kopi dan biskut telah ditarik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) selepas didapati menggunakan berus dipercayai daripada bulu babi untuk membersihkan peralatan. Bagaimanapun, nama kilang berkenaan tidak dimaklumkan.









