![]() |
| Foto Bernama |
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Awal pagi Jumaat, media melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali dipercayai menyebabkan ramai pengunjung dan pekerja terperangkap.
Lapor Astro Awani, setakat jam 8 pagi ini, sekurang-kurangnya dua individu disahkan maut, manakala puluhan lagi masih tertimbus dalam tanah runtuh. Polis belum dapat memberi pengesahan mengenai identiti mangsa yang maut.
Difahamkan, jumlah keseluruhan pengunjung di tapak perkhemahan itu adalah seramai 79 orang, manakala pekerja tapak perkhemahan seramaik 15 orang.
![]() |
| Foto Astro Awani |
![]() |
| Foto Astro Awani |
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 2.24 pagi dan telah menggerahkan anggota dan asetnya ke lokasi.
Menurut laporan awal, kejadian tanah runtuh itu berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan.
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar.
“Maklumat awal daripada pihak polis mendapati, terdapat 100 orang termasuk kanak-kanak berada di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan,” katanya.
Bagaimanapun setakat jam 5.30 pagi tadi, 37 individu telah ditemui dalam keadaan selamat. Kawasan kejadian telah ditutup kepada orang ramai dan dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi.
![]() |
| Foto Astro Awani |
![]() |
| Foto Astro Awani |
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus masih dijalankan. Pasukan unit K9 dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BPP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas juga dikerahkan ke lokasi kejadian.
Pasukan Khas Operasi dan Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) turut diaktifkan untuk penyelamatan mangsa yang masih terperangkap.
Sumber: Astro Awani












