Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menghentikan semua aktiviti penternakan babi di negeri itu dan akan mengimport sepenuhnya bekalan daging berkenaan bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam. Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), selaras dengan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ketika ini kira-kira 70 peratus bekalan daging babi di Selangor sudahpun diimport dari negeri lain dan selepas keputusan terbaharu itu, keseluruhan keperluan akan diperoleh melalui import. Katanya, sebarang pengeluaran serta kelulusan lesen import tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Amirudin turut memaklumkan, penutupan ladang sedia ada termasuk di Tanjong Sepat, Kuala Langat akan dipercepatkan secara berperingkat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
Baca juga:
- Rafizi, 7 MP PKR desak kerajaan gantung tugas Azam Baki
- Wanita hamil 7 bulan maut dipercayai dibunuh suami
- Selangor henti penternakan babi, import daging sepenuhnya
Sejak Januari lalu ujarnya, kerajaan negeri telah menghentikan pengeluaran lesen baharu dan memberi tumpuan kepada pengosongan tapak ladang sebagai menjunjung titah Sultan Selangor.
Sebelum ini, Sultan Selangor tidak memperkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor atas faktor pencemaran alam sekitar, termasuk bau busuk dan risiko pencemaran sumber air akibat sisa kumbahan.
Baginda turut menegaskan cadangan penternakan di Bukit Tagar, Hulu Selangor adalah tidak wajar kerana melibatkan kawasan majoriti Melayu dan penempatan Felda yang dijangka menerima bantahan penduduk.
Sumber: Utusan









