'Baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM' - Rafizi Ramli | The Reporter

‘Baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM’ – Rafizi Ramli

Rafizi Ramli mengkritik jawapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai isu integriti Azam Baki dan kredibiliti SPRM.
Gambar: Utusan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menyifatkan jawapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berhubung isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, sebagai tidak meyakinkan dan gagal menjawab persoalan pokok yang dibangkitkan rakyat.

Menurut Rafizi, negara ketika ini kecoh susulan pendedahan demi pendedahan berkaitan isu integriti Azam Baki, termasuk laporan siasatan terperinci oleh Bloomberg yang mendakwa wujud persoalan serius melibatkan pemilikan saham serta dakwaan bersekongkol dengan ahli perniagaan tertentu. Beliau berkata, isu tersebut bukan perkara kecil kerana ia membabitkan kredibiliti institusi penguatkuasaan utama negara.

“Soalan rakyat mudah: Tan Sri Azam Baki telah melanggar peraturan mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam. Bukan sekali, bukan dua kali, setakat ini pendedahan menunjukkan dah tiga kali. Sama banyak dengan sambungan kontrak dia oleh PMX.

“Jadi apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan kerana perkara ini melunturkan kewibawaan SPRM,” katanya.

Rafizi mempersoalkan reaksi Anwar yang antara lain mempertahankan Azam atas alasan beliau ‘buat kerja’. Tegasnya, alasan seseorang itu menjalankan tugas dengan baik tidak boleh dijadikan justifikasi untuk melanggar peraturan atau terlepas daripada tindakan undang-undang jika benar berlaku salah laku.

Mengambil contoh kes bekas Perdana Menteri, Najib Razak, Rafizi berkata seseorang pemimpin tetap tertakluk kepada undang-undang walaupun mempunyai rekod perkhidmatan atau sumbangan tertentu. Katanya, prinsip asas undang-undang menetapkan bahawa jenayah tetap jenayah, tanpa mengira kedudukan atau jasa individu terbabit.

“Kalau alasan seorang yang buat kerja maka dia boleh langgar peraturan dan ada salah laku, Dato’ Seri Najib tak de la masuk ke penjara. Sembilan tahun beliau jadi Perdana Menteri, ada jasa beliau dan ada hasil kerja beliau.

“Tetapi, bila sudah terbukti ada pecah amanah yang melanggar undang-undang, maka beliau telah dijatuhkan hukuman,” katanya.

Baca juga:

Beliau turut menolak tanggapan bahawa desakan supaya Azam diganti bermaksud mahu melantik “perasuah” sebagai pengganti. Sebaliknya, katanya, tuntutan tersebut adalah demi memastikan integriti dan kewibawaan SPRM terus terpelihara.

“Tak ada siapa yang suruh ganti Tan Sri Azam Baki dengan perasuah. Malah kita kritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil kekalkan Tan Sri Azam Baki walaupun sudah ada banyak persoalan mengenai integriti beliau,”ujarnya.

Rafizi memberi amaran bahawa persepsi awam boleh terjejas sekiranya kepimpinan negara dilihat mempertahankan individu yang berdepan persoalan integriti tanpa penjelasan menyeluruh dan tindakan tegas.

“Saya bimbang kalau reaksi PMX ini satu perlambangan: iaitu hanya orang yang dia percayai, atau dipilih oleh beliau, yang bersih dan bukan perasuah. Kalau orang itu bukan pilihan dia, orang itu automatik jadi perasuah.

“Macam itu baik lantik Nurul Izzah je jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebab anak sendiri, confirm tak timbul isu lantik perasuah jaga SPRM,” katanya.

Related Posts