Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) membangkitkan persoalan mengenai makna sebenar pemulihan RM8.5 bilion hasil yang diperoleh secara tidak sah sekiranya wang itu tidak digunakan secara telus dan tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Dalam satu kenyataan, Presidennya Jais Abdul Karim menegaskan dana berkenaan tidak seharusnya sekadar diserap ke dalam perbelanjaan rutin kerajaan, sebaliknya perlu diurus dengan pendekatan jelas serta disusuli hukuman tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Menurut MCW, pemulangan wang semata-mata tidak mencukupi tanpa ketelusan penggunaan dan kebertanggungjawaban awam, memandangkan dana tersebut berasal daripada wang rakyat yang pernah diseleweng.
Baca juga:
- Sultan Selangor cadang penyokong Selangor FC cetus kekacauan diharamkan masuk stadium
- ‘Tugas SPRM dapatkan semula wang dicuri, kembalikan kepada rakyat’ – Azam Baki
- ‘Jangan takut, kajian dijalankan oleh UIA, bukan orang DAP’ – Hannah Yeoh
SPRM hanya dapatkan seula wang yang dicuri
Menjelaskan perkara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa peranan agensi tersebut terhad kepada mendapatkan semula wang yang diperoleh secara tidak sah sebelum diserahkan kepada kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata SPRM tidak mempunyai kuasa menentukan hala tuju perbelanjaan dana berkenaan kerana perkara itu tertakluk di bawah mekanisme pengurusan kewangan kerajaan.
“Tugas SPRM adalah mendapatkan semula wang yang dicuri daripada rakyat dan mengembalikannya kepada rakyat melalui kerajaan. Soal bagaimana wang itu dibelanjakan adalah keputusan kerajaan,” katanya.
Beliau turut menegaskan kerajaan dan MOF mempunyai mekanisme tersendiri bagi mengurus dana awam selaras dengan keperluan serta kepentingan negara.
Sumber: Harian Metro









