Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menghidap penyakit ekzema adalah mimpi ngeri bagi penghidapnya terutamanya di bahagian jari jemari tangan atau kaki. Segala rutin harian yang perlu dilakukan penuh dengan kesakitan dan jika pergerakan terlalu kasar, ia boleh menyebabkan kulit merekah dan berdarah.
Pelbagai produk skincare yang dijual di pasaran, kebanyakannya tidak dapat merawat penyakit ini, sebaliknya hanya memberi sedikit kelegaan buat sementara sahaja. Ada yang berkata penyakit ini berlaku kerana penghidapnya tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan sebagainya.
Berkongsi pengalaman menghidap penyakit ekzema, Puan Zaiazrien Akhmar menjelaskan ia tiada kaitan dengan pemakanan, sebaliknya sentuhan dan penyakit ekzema ini ada pelbagai jenis. Adalah penting untuk mengetahui jenis ekzema yang dihidapi dan dapatkan rawatan dari doktor pakar kulit yang terbaik seperti yang disarankan oleh Puan Zaiazrien Akhmar. Semoga bermanfaat.
TERPANGGIL untuk berkongsi tentang penyakit ekzema memandangkan ramai yang bertanya ubat apa yang saya pakai. Alhamdulillah sekarang semakin pulih.








