Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyindir kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Bin Hasan yang mengaitkan isu Terowong Pulau Pinang ketika mengulas hantaran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.
Lim mempersoalkan bagaimana projek Terowong Pulau Pinang boleh ‘dirasmikan’ pada pertengahan tahun 2026 sedangkan menurutnya, tiada sebarang bayaran dibuat setakat ini.
“Macam mana nak rasmikan Terowong Pulau Pinang pada pertengahan tahun 2026 bila satu sen pun tak dibayar?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap hantaran Mohamad Hasan yang memberi respon kepada hantaran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, di media sosial.
Yeo sebelum itu menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai satu perkara yang wajar diraikan sempena penghujung tahun.
Baca juga:
- ‘Papa Zola dan Mama Zila’ versi sebenar
- ‘Politik tanpa ihsan adalah politik tanpa arah’ – Afdlin Shauki
- ‘Hanya Mat Jenin boleh dapat terowong percuma’ – Lim Guan Eng
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata, keputusan mahkamah itu adalah ‘satu lagi sebab untuk meraikan penghujung tahun ini’, sambil mengulas laporan Malaysiakini bertajuk ‘No house arrest for Najib’.
Mengulas kenyataan tersebut, Mohamad Hasan secara sinis mengaitkan isu Terowong Pulau Pinang dengan menyatakan beliau juga akan ‘meraikan’ sekiranya Mahkamah merasmikan projek itu.
“Saya pun tunggu nak celebrate apabila Mahkamah merasmikan Terowong Pulau Pinang, mungkin pertengahan tahun 2026,” kata Mohamad Hasan.
Kenyataan itu kemudiannya mencetuskan reaksi balas Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa hanya ‘Mat Jenin’ boleh mendapat terowong percuma.
Projek Terowong Pulau Pinang merujuk kepada pembinaan terowong dasar laut dan tiga jalan utama bernilai RM6.7 bilion yang sebelum ini dikaitkan dengan kes rasuah melibatkan Lim Guan Eng ketika beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.









