Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pengunjung sebuah pasar raya meluahkan rasa kecewa selepas menyaksikan insiden yang tidak menyenangkan di luar premis berkenaan pada hujung minggu lalu.
Menurut pengunjung itu, dia hadir ke pasar raya berkenaan untuk membeli barang dapur dan merancang untuk menyediakan hidangan istimewa hujung minggu. Namun, rancangan itu terganggu apabila dia ternampak seorang wanita yang dipercayai pelancong asing mengangkat anaknya ke atas tong sampah dan membiarkan kanak-kanak itu membuang air kecil di situ, sementara seorang lagi individu melakukan perkara sama dengan anaknya.
“Kat mana pun perangai sama! Memang hangin satu badan. Kita masuk 10 minit, keluar balik. Terencat nak beli barang,” katanya.
Kejadian itu menyebabkan pengunjung tersebut hanya membeli beberapa barangan yang diminta oleh anaknya dan tidak meneruskan niat untuk membeli bahan-bahan lain kerana rasa kurang selesa.

Baca juga:
- ‘Papa Zola dan Mama Zila’ versi sebenar
- ‘Politik tanpa ihsan adalah politik tanpa arah’ – Afdlin Shauki
- ‘Hanya Mat Jenin boleh dapat terowong percuma’ – Lim Guan Eng
Video tular ini mencetuskan kemarahan netizen, yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bermoral dan pengotor.
Ada juga netizen yang mencadangkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas dengan mengenakan denda terhadap perbuatan tidak bermoral itu.
“Malaysia patut pertimbangkan pelaksanaan denda seperti di Singapura supaya individu yang melakukan perbuatan seumpama ini lebih berfikir sebelum bertindak. Bila melibatkan duit, barulah mereka lebih menggunakan akal,” kata net








