'Tiada kertas soalan peperiksaan SPM 2025 bocor' - KP Pendidikan | The Reporter

‘Tiada kertas soalan peperiksaan SPM 2025 bocor’ – KP Pendidikan

KPM menafikan dakwaan soalan peperiksaan SPM 2025 bocor.
Gambar: Majoriti

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai dakwaan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bocor dan dijual pada harga serendah RM499 bagi setiap subjek.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa serta pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut. Namun sehingga kini tiada sebarang laporan rasmi diterima mengenai isu tular itu.

“Saya tak ada terima laporan secara rasmi lagi tapi kita ada melihat dakwaan itu di media sosial dan ia dalam tindakan pihak kami termasuk oleh Lembaga Peperiksaan. Buat masa sekarang kita percaya soalan-soalan SPM masih lagi terkawal dengan baik,” katanya.

Baca juga:

Beliau turut menegaskan bahawa Lembaga Peperiksaan mempunyai prosedur tersendiri bagi menangani sebarang dakwaan kebocoran peperiksaan.

“Saya pasti mereka ada prosedur sebab saya sendiri pernah menjadi pengarah peperiksaan, jadi kita ada prosedur untuk menangani dakwaan berkenaan,” tambah Dr Mohd Azam.

Dakwaan mengenai kebocoran kertas peperiksaan tersebut turut didedahkan oleh bekas pendidik dan pempengaruh, Cikgu Fadli Salleh, yang menarik perhatian ramai di media sosial.

Related Posts