Suami maut kemalangan ketika patah balik ambil susu anak | The Reporter

Suami maut kemalangan ketika patah balik ambil susu anak

Lelaki maut dalam kemalangan ketika patah balik ambil susu anak.
Gambar: Thread whymas_

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebuah kisah menyayat hati tular di media sosial apabila seorang wanita berkongsi kehilangan suaminya yang maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja selepas berpatah balik untuk mengambil susu anak yang tertinggal.

Dalam satu perkongsian penuh emosi di Thread, wanita berkenaan menceritakan detik-detik terakhir bersama suaminya yang disifatkan sebagai penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga kecil mereka.

“Assalamualaikum semua, saya tak boleh tidur dari tadi dan saya nak bagitahu sesuatu ni. Suami saya kan dia minta masak sotong goreng kunyit saya masakkanlah. Lepas tu, saya tunggu suami balik kerja… nak tahu tak apa jadi?

“Suami saya tak nak jamah pun makanan saya. Rupanya suami saya tak makan sebab dia syahid waktu balik kerja,” tulisnya dalam nada pilu.

Menurut wanita itu, arwah suaminya sebenarnya sudah pulang lebih awal, namun berpatah balik ke tempat kerja selepas menyedari susu anak mereka tertinggal. Malang tidak berbau apabila arwah terlibat dalam kemalangan semasa perjalanan pulang.

“Suami saya meninggal di tempat kejadian. Muka dan barang suami saya penuh dengan tumpahan susu anak. Alhamdulillah, suami saya accident tapi keadaan sempurna seperti tidur,” ujarnya lagi.

Baca juga:

Wanita tersebut turut meluahkan kesedihan apabila melihat susu anak bersepah di atas jalan ketika kejadian.

Seorang saksi kejadian turut meninggalkan komen dalam hantaran tersebut dan memaklumkan bahawa dia sempat menghubungi ambulans.

“Takziah buat keluarga arwah. Semoga arwah dalam kalangan orang yang beriman dan syurga buat arwah. Saya hanya sempat hubungi ambulans saja. Tak sampai seminit, ramai yang datang tolong malam tadi. Sebak tengok susu bersepah atas jalan,” katanya.

Related Posts