Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) menzahirkan rasa kecewa terhadap sambutan meriah yang diberikan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika ketibaan beliau di Malaysia, semalam.
Menurut Dr MAZA, beliau tidak menentang kehadiran Trump atas dasar urusan diplomatik antara dua negara, namun cara sambutan yang berlebihan dengan tarian dan keceriaan tidak wajar ketika dunia masih menyaksikan penderitaan rakyat Palestin.
“Beliau hadir sebagai ketua negara, maka sambutlah sekadarnya. Tapi sambutan yang terlalu meriah ini tidak melambangkan bantahan kita terhadap tindakan jahat beliau selama ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi Dr MAZA Channel, pada Ahad.
Baca juga:
- Dr MAZA kecewa sambutan meriah terhadap Trump
- Muhyiddin kecam sambutan meriah terhadap Trump, anggap memalukan Malaysia
- Petugas MRT kongsi semangat pasukan pulihkan perkhidmatan
“Beliau di belakang kejahatan puak yang menzalimi umat Islam”
Dr MAZA turut menyifatkan tindakan itu seolah-olah menafikan penderitaan umat Islam di Gaza yang menjadi mangsa genosid akibat dasar dan veto yang pernah disokong oleh Trump.
“Bayangkan jika Trump ke negara-negara Eropah sekarang, tentu beliau disambut dengan bantahan rakyat. Tapi di sini, beliau turun sambil menari kegembiraan kerana anak-anak Malaysia menyambutnya dengan tarian,” katanya.
Beliau menegaskan, genosid dan segala bantuan senjata yang diberikan Amerika kepada rejim Zionis sepatutnya menjadi sebab utama umat Islam menzahirkan penolakan terhadap Trump, bukan meraikannya.
“Genosid yang berlaku hari ini tiada kesan ke atas dirinya di negara-negara orang Muslim. Menyedihkan,” tulisnya.
Sumber: Facebook Dr MAZA Channel









