Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita merayu bantuan orang ramai untuk membantu mengesan datuknya, Abd Razak bin Abd Rahman, 88, atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Jab, yang dilaporkan hilang sejak 11 Oktober lalu.
Menurut hantaran yang dimuat naik di media sosial, Tok Jab dikatakan mengalami masalah ingatan, keluar dari rumah tanpa dikesan dua minggu lalu. Keluarga segera membuat laporan polis dan memulakan operasi pencarian.
“Tokwan dah nyanyok dan dia tak ingat apa-apa dah. Tolonglah saya, dia satu-satunya tokwan saya. Saya merayu!” tulis wanita berkenaan.

Usaha pencarian turut dibantu oleh penduduk kampung, pihak berkuasa, namun sehingga kini belum ada petunjuk baharu ditemui. Menurut kemas kini hari ketujuh, terdapat laporan penemuan sehelai kain pelikat di kawasan Kroh, namun selepas disemak, ia bukan milik Tok Jab.
“SAR di kroh petang tadi pon menemui jalan buntu. Tokwan tetap tak dapat di kesan. Anjing K9 pon Tak dapat hidu bau bau tokwan. Ya Allah kami semua di jalan buntu mana Tok Wan pi. Terima kasih kepada pihak berkuasa banyak membantu mencari Tok Wan .Pihak polis dari Pulau Pinang pun turun,” luahnya lagi.

Baca juga:
- ‘Dia hilang mak di usia 5 tahun, kini anak di usia 22’
- ‘Saya hampir bertakbir’ – Fadhli Shaari tarik balik pujian terhadap PM
- Caprice maklumkan isteri Pak Cik Ah Yauddin meninggal dunia
Pada hari ke-13 kehilangan, ahli keluarga masih meneruskan pencarian meskipun cuaca tidak menentu. Mereka berharap agar orang ramai tidak berhenti berdoa dan membantu menularkan maklumat mengenai kehilangan ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling pada 12 Oktober, Tok Jab, dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Batu 7, Jalan Kroh, Baling, Kedah. Kali terakhir dilihat berada berhampiran kawasan tempat tinggalnya. Beliau mempunyai ketinggian kira-kira 140 sentimeter, berat sekitar 50 kilogram, berambut putih, berkulit coklat, berbadan bongkok serta berjanggut dan bermisai putih.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Abd Razak diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Baling di talian 04-4708222.








