'Anak kita hilang kasih sayang lebih awal daripada sepatutnya' | The Reporter

‘Anak kita hilang kasih sayang lebih awal daripada sepatutnya’

Kata Tuan Ibrahim kanak-kanak seawal tiga bulan dipisahkan daripada ibu bapa.
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, menzahirkan kebimbangan terhadap realiti kehidupan masa kini yang menyaksikan anak-anak kehilangan kasih sayang ibu bapa sejak usia awal disebabkan tekanan ekonomi dan beban kerja.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan ramai ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke pusat penjagaan bayi seawal usia beberapa bulan kerana kedua-duanya bekerja, sekali gus mengurangkan masa berkualiti bersama keluarga.

“Bayangkan dalam tempoh tiga bulan, anak kita terus dipisahkan daripada ibu bapa. Kita hantar mereka ke pusat penjagaan, ambil semula pukul enam atau tujuh petang. Hanya sempat dua, tiga jam bersama anak sebelum tidur,” katanya.

Ucapan beliau di Dewan Rakyat baru-baru ini tular dan mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan wanita yang terkesan dengan situasi tersebut.

Beliau menegaskan, isu sebenar yang perlu diberi perhatian bukan sekadar soal sistem pendidikan awal, tetapi bagaimana memastikan anak-anak mendapat sentuhan kasih sayang dan didikan langsung daripada ibu bapa sendiri.

“Masalah ini berpunca daripada kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ibu terpaksa bekerja, sedangkan peranan mereka amat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Isu buli dan masalah sosial yang berlaku hari ini banyak berkait dengan kehilangan kasih sayang keluarga,” jelasnya.

@tuan_ibrahim_titm

Perbahasan mengenai Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia bertarikh 6 Oktober 2025 #TITM #tuanibrahimtuanman #parlimen #malaysiasejahtera #fyp

♬ original sound – Tuan Ibrahim Tuan Man – Tuan Ibrahim Tuan Man
Baca juga:

Dalam masa sama, beliau menyokong usaha mewujudkan satu entiti penyelarasan tunggal bagi menyusun semula sistem pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang kini berada di bawah pelbagai kementerian dan agensi termasuk KPM, KPWKM, KPKT, Jakim dan Majlis Agama Islam.

“Kita perlukan satu dasar yang jelas dan seragam supaya pendidikan awal anak-anak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya lagi.

Related Posts