Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bukan semua pemimpin sanggup membayar harga penuh minyak walaupun layak dapat subsidi, tetapi itulah yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di hadapan pegawai Kementerian Kewangan, beliau secara terbuka mendedahkan bahawa dirinya turut membayar RM2.60 seliter untuk RON95, sedangkan subsidi RM1.99 seliter di bawah BUDI95 boleh dinikmatinya.
Langkah itu mungkin kecil bagi seorang Perdana Menteri, tetapi mesejnya besar: subsidilah untuk rakyat yang benar-benar memerlukan, bukan untuk semua tanpa mengira kemampuan.
Baca juga:
- ‘Fadhlina Sidek Menteri paling best, lebih baik daripada sebelumnya’
- Setiausaha Agung FAM digantung tugas serta-merta
- Lelaki luah kecewa dipotong gaji kerana Solat Jumaat
Tindakan simbolik, mesej politik yang kuat
Ucapan Anwar di perhimpunan bulanan MOF semalam bukan sekadar rutin pentadbiran. Ia juga isyarat jelas bahawa kerajaan mahu menunjukkan teladan bahawa reformasi fiskal mesti bermula dari atas.
Beliau menegaskan, subsidi bersasar seperti BUDI95 adalah cara mengekang kebocoran bantuan sambil melindungi isi rumah berpendapatan rendah. Dalam masa sama, kerajaan turut menstruktur semula subsidi elektrik dan ayam, menjimatkan hampir RM1 bilion setahun tanpa menggoncang pasaran.
“Kalau rakyat terbeban, apa gunanya?”
Anwar menutup ucapan terhadap pentadbiran lalu yang gagal mengimbangi antara hasil negara dan tekanan rakyat.
“Kita mahu tingkatkan hasil, tapi kalau rakyat terbeban, apa gunanya? Ini bukan teori ekonomi di awangan, ini soal hidup sebenar rakyat,” katanya.
Di sebalik angka RM2.60 itu, tersirat mesej bahawa keadilan sosial bukan sekadar slogan, ia mesti diterjemah dalam tindakan.
Sumber: Harian Metro