Rafidah Ibrahim gagal bayar saman fitnah RM281K? Berdepan risiko sita aset & bankrap | The Reporter

Rafidah Ibrahim gagal bayar saman fitnah RM281K? Berdepan risiko sita aset & bankrap

Rafidah Ibrahim berhijab biru bercakap di hadapan kamera dengan latar belakang rumah.
Rafidah Ibrahim gagal bayar saman fitnah RM281K? Berdepan risiko sita aset dan kebankrapan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lebih setahun selepas Mahkamah Tinggi mengarahkan beliau membayar saman fitnah RM281,000, selebriti Rafidah Ibrahim kini berdepan kemungkinan disita aset atau difailkan kebankrapan.

Ahli perniagaan Datuk Haris Embong yang juga Pengarah Urusan Arisprop Holdings berkata, tindakan keras itu menjadi pilihan terakhir selepas tempoh panjang diberikan namun tiada bayaran dibuat.

422 hari tanpa bayaran ganti rugi

Menurut Haris, penghakiman bertarikh 31 Julai 2024 sepatutnya sudah dipatuhi. Malah, dua notis tuntutan rasmi dikeluarkan pada 20 Ogos dan 19 September 2024, dengan pengesahan penerimaan oleh peguam Rafidah pada 22 September.

Baca juga:

“Hari ini sudah 422 hari sejak keputusan itu, tetapi masih tiada sebarang bayaran,” katanya.

Kes saman difailkan sejak November 2021 susulan hantaran Rafidah di media sosial yang menuduh Haris tidak bermoral dan Arisprop menjalankan perniagaan tidak beretika. Tuduhan itu menurut Haris telah menjejaskan reputasi peribadi dan syarikat.

Rayuan tidak tangguh keputusan

Walaupun Rafidah telah memfailkan rayuan pada Ogos 2024, beliau tidak membuat permohonan menangguhkan pelaksanaan. Ini bermakna keputusan asal kekal sah sehingga rayuan diputuskan.

“Langkah kami bukan soal dendam, tetapi untuk memastikan keputusan mahkamah dihormati dan nama kami dibersihkan,” tegas Haris yang diwakili firma guaman Tetuan Izral Partnership.

Sekiranya tiada pembayaran dibuat segera, beliau menegaskan opsyen sita aset atau failkan kebankrapan akan digerakkan demi menegakkan keadilan.

Sumber: Harian Metro

Related Posts