Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dunia hari ini tidak lagi boleh dipimpin dengan keangkuhan kuasa dan amalan penjajahan. Sebaliknya, katanya, pemimpin sejati mesti berdiri atas nilai belas kasihan, menolak penindasan, serta memperjuangkan hak dan maruah manusia tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama.
“Pemimpin yang sejati ialah mereka yang percaya kepada nilai kebaikan, mengutamakan kepentingan manusia sejagat, menolak eksploitasi dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama media China, CGTN.
Baca juga:
- Pemimpin sejati mesti tolak penindasan, perjuang hak manusia tanpa kira latar belakang – PM
- Alasan ‘ubat’ cuma helah, AADK sahkan ketum boleh sebabkan masalah mental
- Dua Anggota Maritim cedera dirempuh bot pancung bawa PATI
Pujian buat Xi Jinping sebagai contoh kepimpinan
Dalam perbualan itu, Anwar turut menyebut Presiden China, Xi Jinping sebagai contoh pemimpin dunia yang menonjol dengan karisma serta pendekatan berasaskan kesejahteraan rakyat. Beliau menekankan Xi bukan sahaja berjaya membawa negaranya muncul sebagai kuasa ekonomi dan ketenteraan, malah tetap menunjukkan sifat rendah hati serta menghormati negara lain, termasuk Malaysia.
“Beliau menyantuni kami dengan penuh kepercayaan dan hormat, meskipun Malaysia hanya sebuah negara yang sedang membangun. Itu satu sifat kepimpinan yang wajar dicontohi dunia,” katanya.
Anwar turut mengingatkan bahawa cabaran global seperti perubahan iklim, krisis ekonomi dan ketegangan geopolitik menuntut kepimpinan baharu yang berpihak kepada manusia dan bukannya kepentingan kuasa besar.
“Kita tidak boleh lagi merelakan keangkuhan kuasa, penjajahan dan penindasan manusia oleh manusia,” tegasnya.
Sumber: Buletin TV3