Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Modus operandi perkahwinan palsu dengan wanita tempatan terus dikesan menjadi jalan pintas warga asing untuk mendapatkan pemastautin tetap (PR) di Malaysia. Ada antara mereka sanggup berkahwin hanya untuk mengakses pelbagai kemudahan, termasuk pinjaman bank bagi membuka perniagaan.
Selepas memperoleh apa yang diingini, sebahagian daripada lelaki asing terbabit bertindak meninggalkan atau menceraikan pasangan mereka, sekali gus menafikan tujuan sebenar sebuah perkahwinan.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Imigresen perketat pemantauan
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Zakaria Shaaban, ketika dipetik Buletin TV3, menegaskan pihaknya memandang serius penyalahgunaan status perkahwinan bagi tujuan mendapatkan kelebihan imigresen.
Menurutnya, pemantauan dilakukan melalui naziran ke rumah pasangan, temubual dengan jiran, ahli keluarga serta semakan dokumen bagi memastikan kesahihan hubungan itu.
“Sekiranya terdapat bukti penipuan, tindakan undang-undang termasuk siasatan, pendakwaan, pembatalan pas serta senarai hitam akan dikenakan. Selepas tamat hukuman, mereka akan dihantar pulang ke negara asal,” katanya.
JIM turut bekerjasama dengan agensi lain seperti JPN, JAKIM, PDRM dan PBT untuk memastikan taktik kahwin palsu demi PR dapat ditangani secara menyeluruh.








