Solidariti Jakarta: Rider P-Hailing iringi jenazah Affan | The Reporter

Solidariti Jakarta: Rider P-Hailing iringi jenazah Affan

Ratusan penunggang p-hailing mengiringi jenazah Affan.
Gambar: Tangkap layar video tular.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jenazah Affan Kurniawan, penunggang p-hailing yang maut selepas dilanggar kenderaan perisai milik pasukan khas polis Indonesia (Brimob), telah selesai diuruskan di Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM), Jakarta sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya.

Ambulans yang membawa jenazah berlepas dari RSCM sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan menuju ke kediaman keluarga di Blora, Jakarta Pusat. Perjalanan jenazah turut disertai ratusan rider p-hailing yang hadir lengkap dengan seragam kerja sebagai simbol solidariti dan penghormatan terakhir.

https://twitter.com/AGTBLHKK/status/1961262673854959690

Turut kelihatan memberikan sokongan dalam perarakan solidariti tersebut ialah pempengaruh Malaysia, Aisar Khaled, yang berada di Jakarta ketika ini. Kehadirannya menarik perhatian ramai apabila beliau dilihat bersama-sama komuniti p-hailing dalam mengiringi perjalanan jenazah Allahyarham.

@michaelfor62

Aisar Khaledd ikut rombongan Jenazah Affan Kurniawan ke pemakaman #aisarkhaledd #demo #affan #ojol #dpr @AisarKhaledd @Grab Indonesia @Gojek Indonesia

♬ suara asli – justme – justme

Affan dilaporkan meninggal dunia selepas insiden dilanggar kenderaan taktikal milik Brimob pada Khamis (28 Ogos). Brimob atau Brigade Mobil ialah pasukan elit di bawah Polis Republik Indonesia (Polri) yang sering digunakan untuk operasi rusuhan dan keselamatan khas.

Baca juga:

Memetik laporan Detik New, Ketua Polis Republik Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, hadir bertemu keluarga Allahyarham di RSCM pada awal pagi Jumaat untuk menyampaikan ucapan takziah serta permohonan maaf.

“Saya merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam kepada Allahyarham Affan serta seluruh keluarganya,” kata Jeneral Sigit.

Beliau turut memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan terhadap insiden itu.

“Kami akan meneliti dan menyiasat kes ini hingga selesai. Tindakan lanjut telah diminta agar dijalankan segera,” ujarnya.

Selain kepada keluarga, Kapolri turut memohon maaf kepada komuniti p-hailing di Indonesia serta masyarakat umum.

“Saya ingin memohon maaf kepada keluarga besar p-hailing dan masyarakat atas musibah ini. Semoga kita semua dapat menjaga keharmonian, dan perkara seumpama ini dapat dielakkan pada masa akan datang,” tambahnya.

Related Posts