'Tiada iqamat bapa, hanya suara selawat ibu' | The Reporter

‘Tiada iqamat bapa, hanya suara selawat ibu’

Misi Konah dan baby Zara Qairina.
Gambar: Facebook Norazlina Sadzali

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kisah seorang bayi berusia 10 hari bernama Zara Qairina telah menyentuh hati ramai apabila penceritaan mengenai kehidupannya tular di media sosial. Kisah itu dikongsikan oleh seorang jururawat, Norazlina Sadzali atau mesra dipanggil Misi Konah menerusi hantaran di Facebook.

Bayi berkenaan diberi nama Zara Qairina, sempena nama seorang pelajar yang meninggal dunia di Sabah baru-baru ini. Namun di sebalik nama itu, terselit sebuah kisah kehidupan yang meruntun jiwa. Nama itu dipilih dengan harapan agar anaknya membesar menjadi seorang yang tabah seperti ibunya, dan solehah seperti bidadari syurga.

“Assalamualaikum, nama saya Zara Qairina. Saya baru berusia 10 hari. Tiada suara bapa mengiqamatkan saya masa saya lahir. Saya hanya dengar suara mak berselawat di telinga saya, dan teresak-esak sesekali,” katanya.

Difahamkan, ayah dan ibunya bakal berpisah tidak lama selepas kelahirannya. Sejak lahir, Zara hanya ditemani ibunya yang cekal membesarkannya, serta seorang abang berusia 11 tahun.

Baca juga:

Abangnya, bagaimanapun, tidak bersekolah kerana jarak sekolah yang jauh dan kekangan kewangan keluarga. Ketika ibunya mengandungkan Zara, abang kecil itu menjadi peneman setia ke klinik. Kadang-kadang mereka menaiki Grab, kadang-kadang tumpang kawan atau jururawat, dan ada juga berjalan kaki lebih lima kilometer dalam panas dan hujan.

Ibunya pula menghidap penyakit kencing manis dan perlu kerap ke klinik. Misi Konah sering datang mencari mereka di rumah apabila ibunya gagal hadir ke temujanji. Malah, ada kalanya jururawat turut menumpangkan dan membelanja makanan keluarga kecil ini.

“Hari ni mak bawa saya ke klinik, nak check kuning. Bacaan kuning saya tinggi. Macam mana lah mak nak bawa saya datang klinik selalu, mak tak mampu. Doakan rezeki saya, mak saya dan abang saya murah ye orang-orang Budiman,” katanya.

Lebih mengharukan, ibunya kini menumpang di rumah saudara selepas membawa diri, sekali gus menguatkan lagi gambaran ketabahan seorang wanita yang bergelar ibu tunggal.

Difahamkan selepas tular kisah ini, Misi Konah dihubungi oleh beberapa pihak yang ingin memberikan bantuan kepada keluarga Zara Qairina.

Related Posts