Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa terkilan apabila anak sulungnya, Mohamad Ayden Adrean Mohd. Aliff, 8, menjadi mangsa buli di sekolah sehingga diejek sebagai ‘anak yatim’.
Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, kejadian itu dilakukan oleh seorang murid perempuan, selain Ayden turut mengalami buli secara emosi dan fizikal.
Memetik laporan Astro Gempak, Bella memaklumkan bahawa Ayden mengikuti dua sesi persekolahan iaitu sekolah jenis Cina pada waktu pagi dan sekolah agama pada waktu petang. Katanya, insiden buli itu berlaku di kedua-dua sekolah.
“Ayden juga dibuli di sekolah secara emosi dan fizikal, tapi kita dah selesaikan isu tersebut dengan berjumpa keluarga, pihak sekolah dan pelaku sendiri. Paling sedih bila ada yang menjerit dan panggil di sekolah agama sebagai anak yatim,” ujarnya.
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
Bella berkata, beliau sudah berjumpa dengan cikgu bagi memohon bantuan agar insiden sama tidak berulang, di samping berdoa anaknya itu kekal kuat berdepan situasi tersebut.
“Saya ada pergi sekolah juga minta tolong ustazah. Insya-Allah semoga ada perubahan yang baik. Bukan sahaja jumpa keluarga, tapi pelaku itu sendiri saya jumpa terus cakap dengan dia, sebab yang buli dia adalah perempuan. Jadi saya cakap dengan Ayden dia kena kuat sikit selepas ini,” katanya lagi.








