Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kerajaan melalui RMK-13 akan meneliti had umur persaraan wajib selaras dengan peralihan Malaysia kepada status negara tua, dengan fokus kepada keadilan sosial dan kesaksamaan peluang.
Pada Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan cadangan menaikkan usia persaraan daripada 60 kepada 65 tahun sedang dipertimbangkan.
Cadangan ini bagaimanapun menerima reaksi berbeza daripada rakyat, ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang mempertikaikannya.
Seorang pemanggil stesen radio Kool 101, Mimi, menyatakan ketidaksetujuan terhadap cadangan berkenaan kerana bimbang kualiti kerja mungkin merosot sekiranya pekerja kekal terlalu lama dalam perkhidmatan.
Baca juga:
- Gara-Gara hutang, pelajar 13 Tahun cedera dipukul sekumpulan remaja di Pekan
- ‘Cadangan kembalikan Dara, Amoi, Kelat wajar dipertimbangkan dengan serius’ – Arthur
- WWF-Malaysia ambil maklum kebimbangan orang ramai kebajikan tiga gajah
Beliau memberi contoh seorang kakitangan di pejabatnya yang gagal menghantar tugasan tepat pada waktunya dan tidak berdisiplin.
“Kita suruh hantar laporan pukul 9 pagi, pukul 2 tak hantar lagi. Pukul 5 dah nak balik pun tak hantar lagi. Tapi dapat tahu, masa rehat dia tidur sampailah dekat nak balik pun tidur,” katanya.
Mimi berkata, dia pernah cuba menasihati individu berkenaan namun seolah-olah tidak diendahkan.
“Tapi biasalah orang tua, ‘aku lahir dulu daripada kau, aku tahulah apa aku nak buat, aku dah kerja lama’. Boleh dia gunakan sistem macam tu?” soalnya.
Menurutnya lagi, dia bukan menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya menekankan keprihatinan terhadap prestasi kerja pekerja lanjut usia.
“Kalau betul kerajaan nak buat inisiatif macam tu, baik buat option yang terpulang nak bersara bila, jangan nak hadkan sampai 65,” jelasnya.








