Kerajaan pantau harga setiap hari sejak 1 November 2023
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Harga ayam di pasaran dilaporkan kekal stabil meskipun subsidi telah dihentikan sejak 1 November 2023, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh.
Menurut beliau, kestabilan ini dicapai hasil pelbagai langkah intervensi kerajaan termasuk tindakan terhadap kartel makanan ayam serta kawalan kos pengeluaran. Tambahnya, 70 peratus daripada kos pengeluaran ayam berpunca daripada makanan ternakan, justeru kawalan ke atas aspek itu amat penting.
“Tiada subsidi, tapi kita kawal sepanjang rantaian dan periksa harga ayam setiap hari. Sehingga kini, harga kekal stabil dan ada yang lebih rendah,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Indikator kos sara hidup sedang dibangunkan
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari mengenai pelaporan dan pemantauan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
Fuziah turut memaklumkan NACCOL telah bersidang dua kali tahun ini, manakala mesyuarat Jawatankuasa Eksekutifnya pula berlangsung sekali. Kerajaan juga sedang membangunkan Indikator Kos Sara Hidup dan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar, sebagai rujukan dalam dasar serta tindakan kerajaan.
“Tahun ini, usaha advokasi berkaitan perbelanjaan asas telah pun dimulakan,” katanya lagi.
Sumber: Kosmo








