Fattah Amin sedia ambil tindakan undang-undang | The Reporter

Fattah Amin sedia ambil tindakan undang-undang

Fattah Amin sedia ambil tindakan terhadap pemfitnah.
Gambar: Instagram Fattah Amin.

Baru-baru ini tular di Thread, isu mengenai pendedahan seorang pempengaruh wanita yang mendakwa rumah tangganya telah diganggu oleh seorang wanita. Dalam pendedahan itu, wanita tersebut mendakwa individu tersebut pernah dikaitkan dengan pelakon terkenal, Fattah Amin.

Mengulas mengenai isu tersebut, Fattah menegaskan bahawa pihak pengurusannya bersama peguam tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa menyebarkan fitnah ke atas dirinya.

Baca juga:

Menurut Fattah, tindakan tegas itu wajar diambil sekiranya fitnah yang disebarkan menjejaskan nama baik serta kredibilitinya sebagai anak seni.

“Pengurusan saya perasan perkara ini selepas diberitahu peminat yang prihatin. Perkara tidak elok dan fitnah yang disebar, sudah diteliti pengurusan saya.

“Pengurusan saya akan ambil tindakan dan jika perlu, kami guna undang-undang. Sebenarnya, ketika ini, perkara ini bukan lagi sedang dipertimbangkan, sebaliknya, sedang diurus.

“Tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang menyebarkan fitnah kerana dari fitnah, ia boleh menyebabkan perkara yang lebih teruk,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Related Posts