Dikecam berpakaian seksi, Daiyan jawab 'Itu antara saya dan Allah' | The Reporter

Dikecam berpakaian seksi, Daiyan jawab ‘Itu antara saya dan Allah’

Daiyan Trisha memakai gaun labuh berona merah jambu metalik tanpa lengan dengan solekan kemas dan anting-anting kristal yang menonjol, kelihatan yakin dan emosional dalam dua suasana berbeza.
Daiyan Trisha tampil anggun dalam persalinan off-shoulder. | Kredit gambar | Instagram Daiyan Trisha
Soal ibadah, urusan dengan Tuhan

Sudah beberapa kali menjejak kaki ke Tanah Suci, namun penampilan Daiyan Trisha terus menjadi bahan kecaman netizen. Sekali lagi, penyanyi dan pelakon itu tampil bersuara tenang, tegas dan tanpa melatah.

“Soal sudah pergi umrah atau belum, itu antara saya dan Allah. Bab itu saya tak boleh komen lebih,” katanya ketika ditemui di sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) di Bangsar, malam Khamis.

Mengulas teguran terhadap gaya pemakaian, Daiyan tidak menolak pandangan orang ramai tetapi menjelaskan dia lebih selesa menjadi dirinya sendiri.

“Saya faham kenapa orang beri teguran, tapi saya cuma jadi diri sendiri dan akan berubah bila sampai masa yang tepat,” katanya.

Baca juga:

Tidak cepat melatah, tidak juga berpura-pura

Bagi Daiyan, kecaman sudah menjadi asam garam sebagai anak seni. Namun, dia memilih jalan lebih tenang, kekal positif dan istiqamah perlahan-lahan.

“Saya rasa ini perkara biasa bagi anak seni. Saya masih cuba istiqamah dan terima saja semua nasihat serta teguran.

“Daripada diri saya sendiri, saya akan cuba jadi lebih baik. Tapi siapa tahu, mungkin esok atau lusa saya akan berubah,” katanya.

Ditanya rahsia kekal tenang, Daiyan menjawab ringkas namun bermakna.

“Saya memang seorang yang positif. Beginilah saya. Saya akan cuba lakukan yang terbaik daripada segi pemakaian, akhlak dan apa jua sekalipun.”

Dicalonkan dalam dua kategori, ucap terima kasih kepada peminat

Di sebalik teguran, nama Daiyan masih menjadi pilihan peminat. Dalam AMT2025, dia tercalon dalam dua kategori: Selebriti Stailo Terhangat dan Selebriti Feminin Terhangat.

“Saya sangat bersyukur dan terima kasih kepada semua yang mengundi saya,” katanya.

Malam kemuncak AMT2025 bakal berlangsung di TV3 pada Ahad ini, jam 9 malam.

Sumber: mStar

Related Posts