Tindakan viralkan pelajar 14 tahun cetus kemarahan warganet
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tindakan beberapa laman Facebook popular menularkan wajah seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disabitkan kesalahan menumbuk guru telah mencetuskan perdebatan hangat.
Gambar pelajar terbabit yang dirakam ketika dalam tahanan pihak berkuasa, disebarkan bersama kapsyen sinis seperti “Kan dah” dan “Selamat Malam Rohingya”, sekaligus membuka ruang kepada ejekan dan penghinaan terbuka terhadap remaja berkenaan.
Walaupun perbuatan pelajar itu adalah serius dan telah dihukum di mahkamah, penyebaran wajahnya secara terbuka melanggar prinsip perlindungan pesalah juvana dan boleh diklasifikasikan sebagai buli siber, satu kesalahan yang termaktub di bawah undang-undang Malaysia.


Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Netizen tegur sikap melampau sesetengah pihak
Rata-rata warganet mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut. Antara komen tular termasuk daripada Harun Bin Osman yang menulis: “Lepas ini ada kah dia jadi lebih baik atau sebaliknya? Janganlah viral wajah budak tu.”
Seorang lagi pengguna, Shifa Faizal berkata: “Dia masih mentah lagi. Kita yang dewasa sepatutnya lebih matang dan jangan jadi pembuli siber.”
Ramai menggesa supaya pelajar itu diberi peluang kedua selepas menjalani hukuman, dan menekankan bahawa tindakan membuka aib serta memperlekeh remaja bawah umur hanya akan memburukkan keadaan dan menambah trauma.

Penyebaran wajah pesalah juvana boleh diambil tindakan
Di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan peraturan Mahkamah Juvana, identiti kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding jenayah tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. Penyebaran sedemikian bukan sahaja tidak beretika, tetapi juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Ketika sesetengah pihak berlumba-lumba mengejar engagement, ramai terlupa bahawa budak ini masih berhak dilindungi undang-undang dan memiliki masa depan. Tindakan memperlekeh atau memalukan pelajar secara terbuka bukanlah bentuk pengajaran, tetapi penghinaan yang boleh menghancurkan hidup seseorang.








