Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Hasrat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk menyertai Team 3 Pagi Era FM sebagai penyampai radio tidak kesampaian apabila kerjasama tersebut dibatalkan pada saat akhir.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran video di Instagram sejam lalu, menyatakan rasa sedih tetapi tetap tenang menerima keputusan yang dibuat pihak Era.
“Semalam, saya dimaklumkan oleh Team Era atas sebab-sebab tertentu kerjasama ini tidak dapat diteruskan. Apa maksud sebenar sebab-sebab tertentu? That is a story for another day,” katanya.
Menurutnya, walaupun segala proses seperti rundingan, kontrak, penggambaran dan pengumuman telah dirancang rapi, termasuk kehadiran ibu bapanya dan pelajar penerima biasiswa, beliau memilih untuk menghormati keputusan tersebut.
Baca juga:
- Izreen Azminda syukur, pertikaian dengan Intan Salleh berakhir secara damai
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
100% bayaran tetap disalur kepada pelajar Muar
Dalam kenyataan sama, Saddiq menegaskan walaupun kontrak tidak diteruskan, pihak Era dan Astro tetap akan melunaskan bayaran yang telah dipersetujui. Beliau pula komited menyumbangkan keseluruhan bayaran itu kepada 20 mahasiswa dari Muar yang berasal daripada keluarga susah seperti dijanjikan.
“Saya sudah maklumkan kepada mereka 100% gaji saya akan disumbangkan sebagai biasiswa kepada 20 mahasiswa dari Muar yang datang dari keluarga susah,” ujarnya.
Beliau pada awalnya begitu teruja untuk berganding bersama Nabil, Azad dan Radin di konti dan membawa konsep ‘edutainment’ dalam penyampaian pagi.
Terima tawaran baharu berjumlah RM1.06 juta
Meskipun berdepan penamatan kontrak secara tiba-tiba, Saddiq percaya dengan hikmah di sebalik ujian. Malah, pada hari sama kerjasama bersama Era dibatalkan, beliau menerima beberapa tawaran lain yang jumlahnya mencecah RM1.06 juta.
“Sebab itu kawan-kawan ingat satu je. Trust Allah plan. Every setbacks builds a stronger man. Nantikan.”
Sumber: Instagram Syed Saddiq








