Doktor lelaki dan teman wanitanya dicekup selepas disyaki berkhalwat dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah rumah teres setingkat di Taman Semabok Perdana, Melaka, petang Selasa.
Dalam serbuan kira-kira jam 3.25 petang itu, kedua-duanya yang masing-masing berusia 30-an, dipercayai cuba bersembunyi di dalam rumah berkenaan bagi mengelak daripada dicekup.
Memetik Sinar Harian, pasangan terbabit pada mulanya enggan memberikan kerjasama ketika kehadiran imam masjid, anggota polis dan beberapa penduduk taman.
Baca juga:
- LRT3 Shah Alam: Sultan Selangor zahir penghargaan kepada Najib dan Anwar
- Hilang sebelah kaki bukan penghalang, dua beradik gigih usahakan Cendol Meleleh
- ‘Dulu BN buat, dilabel macam-macam, sekarang tukar nama je’ – Wee Ka Siong
Selepas hampir 20 minit menunggu, pasangan itu akhirnya membuka pintu selepas sepasukan penguat kuasa tiba. Kedua-dua mereka ditahan sekitar jam 3.43 petang.
Difahamkan, doktor lelaki berkenaan turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa memeriksa rumah tersebut, yang disewanya bersama dua lagi rakan lelaki lain yang tidak berada di rumah ketika serbuan dilakukan.
“Doktor lelaki yang membuka pintu rumah mempersoalkan tindakan penguat kuasa untuk memeriksa kediamannya,” kata sumber.








