Wanita dedah pernah dibuli penyampai berita ketika zaman sekolah | The Reporter

Wanita dedah pernah dibuli penyampai berita ketika zaman sekolah

Wanita berkenaan mengatakan sehingga ke hari ini dia tidak dapat melupakan pembuli berkenaan.
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Gejala buli harus dihentikan dan tidak seharusnya dijadikan sebagai budaya di mana-mana asrama atau kolej.

Kesan buli bukanlah sesuatu yang bersifat sementara, bahkan boleh menghantui mangsa sepanjang hayat mereka.

Baru-baru ini, tular satu kes melibatkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Sabah yang didakwa menjadi mangsa buli oleh rakan sekolahnya. Insiden menyedihkan itu, pastinya memberi kesan mendalam kepada seluruh keluarganya.

Dalam pada itu, seorang wanita tampil membuat pendedahan mengenai pengalaman silamnya yang turut pernah menjadi mangsa buli sewaktu di bangku sekolah. Lebih mengejutkan, individu yang membulinya ketika itu kini bergelar penyampai berita di sebuah stesen televisyen.

Baca juga:

Menurutnya, sehingga ke hari ini, wanita berkenaan tidak pernah memohon maaf atas perbuatannya, malah terus memburuk-burukkannya kepada orang lain.

“Saya tak terkejut langsung bila kes buli sekolah melibatkan arwah Zara timbul. Zaman saya masuk sekolah baru masa Tingkatan 4 dulu pun dah lalui perkara sama, cemburu, iri hati. Silap sikit, memang kena.

“Waktu tu, saya rasa lebih kurang 9 lawan 1. Kepala saya ditunjal, tudung direntap dan dicampak sampai ke tingkat bawah sekolah.

“Yang buat semua tu, sekarang dah jadi pembaca berita TV. Hahaha. Dia tak pernah minta maaf pun, malah buruk-burukkan saya sampai saya dibenci ramai orang sepanjang habis SPM. Sekarang bila ternampak dia buat tugasan sebagai penyampai berita, tetap nampak macam dulu, menyakitkan hati!” katanya.

Pendedahan tersebut mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai siapakah individu yang dimaksudkan. Ramai yang menyifatkan tindakan penyampai berita itu sebagai keterlaluan dan memberi kesan emosi yang berpanjangan kepada mangsa.

Related Posts