'Saya hanya pertahankan diri' – Petinju MMA tampil dedah punca kejadian | The Reporter

‘Saya hanya pertahankan diri’ – Petinju MMA tampil dedah punca kejadian

Petinju MMA berhadapan dengan pengawal keselamatan sebelum insiden tumbukan berlaku di luar kondominium.
Detik sebelum dan selepas pergaduhan antara petinju MMA dan pengawal keselamatan yang kini tular di media sosial.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Saya tak galakkan pergaduhan jalanan, tapi kalau kena pertahankan diri, saya tak ada pilihan.” Itu penjelasan Tony Lim, petinju MMA amatur berusia 22 tahun, selepas video dirinya menumbangkan seorang pengawal keselamatan di luar sebuah kondominium di Selangor tular di media sosial.

Video tersebut menunjukkan Tony terlibat dalam pertengkaran mulut yang akhirnya bertukar menjadi pergaduhan fizikal. Tumbukan padu dari Tony telah menyebabkan pengawal tersebut tumbang dan kepalanya terhentak pada tiang besi.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Dalam temu bual bersama MS News, Tony menjelaskan insiden itu berlaku pada malam Khamis, 10 Julai lalu. Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit sebelum ini telah menyerang seorang penduduk lain dan apabila menyedari Tony merakam kejadian itu sebagai bukti, dia mula mengugutnya. Pada malam kejadian, pengawal tersebut dikatakan datang mencabarnya untuk menyelesaikan perkara itu di luar kawasan kondominium.

Rakaman yang dibuat oleh teman wanitanya menunjukkan Tony pada mulanya cuba menyelesaikan isu itu secara aman, namun keadaan didakwa semakin tegang apabila dia terus diprovokasi, sehingga memaksanya bertindak untuk mempertahankan diri.

Tony dilihat menjatuhkan pengawal itu ke tanah dan menahannya dalam posisi duduk di atas badan lawan (mount), tetapi tidak melakukan serangan serius. Selepas pengawal lain cuba meleraikan mereka, lelaki itu bangkit semula dan terus menyerang, sebelum Tony membalas dengan satu tumbukan yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Baca juga:

“Saya dah cuba minta tolong pengawal lain tahan dia”

Tony berkata dia telah cuba meminta bantuan pengawal keselamatan lain untuk menahan lelaki itu, namun tidak berjaya. Tambahnya, dia tidak boleh meninggalkan tempat kejadian kerana teman wanitanya berada di situ.

Selepas kejadian, kedua-dua mereka pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Di sana, mereka mencapai persetujuan secara baik untuk tidak meneruskan sebarang tindakan lanjut. Mereka berjabat tangan dan bersetuju menutup kes dengan syarat rakaman video pergaduhan itu dipadam. Namun begitu, video berkenaan telah pun tersebar di media sosial sebelum sempat dipadam sepenuhnya.

Tony turut meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan kebencian atau mempersendakan pengawal keselamatan terbabit yang kini tidak lagi bertugas di kondominium berkenaan.

Pergaduhan jalanan lebih berbahaya

Tony yang pernah bergelar juara dalam Malaysia Fight League berkata, pergaduhan jalanan jauh lebih berbahaya berbanding pertarungan dalam gelanggang, terutama bagi individu yang terlatih dalam seni mempertahankan diri. Ia bukan seperti perlawanan rasmi, pergaduhan di jalanan tiada pengadil untuk menghentikan situasi apabila ia menjadi terlalu ganas.

Dia turut menjelaskan, jika dia berniat untuk mencederakan lawan, kecederaan serius boleh berlaku. Lebih-lebih lagi ketika dia berada dalam posisi duduk di atas badan lawan (mount), dia boleh saja menggunakan serangan siku yang mampu menyebabkan kecederaan teruk. Namun, dia memilih untuk tidak berbuat demikian.

Related Posts