Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa sedih atas pemergian kucing peliharaannya yang dikenali sebagai Kiky.
Dalam satu hantaran ringkas dan menyentuh hati yang dimuat naik di media sosial, beliau berkongsi perasaan pilu itu.
“Kiky dah tak ada guys.Terima kasih Ya Allah aturkan Kiky dalam hidup saya selama ini.
“Sangat baik dan manja dia. Tiap-tiap hari dia tunggu balik dari kerja kat depan pintu. Rehatlah Kiky,” katanya.
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu

- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur

- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan

Luahan tersebut nyata mengundang simpati dalam kalangan pengikutnya yang turut menzahirkan ucapan takziah dan menyatakan mereka memahami perasaan kehilangan haiwan peliharaan yang dianggap seperti ahli keluarga sendiri.
“Im a cat lover memang sedih bila kucing kesayangan atau pun kucing jalanan yang datang minta makan setiap hari pergi buat selama-lamanya,” kata salah seorang netizen.
“Betapa rindunya Kiki dengan DSN. Kucing ni dia ada sifat mengenali tuan dia dan dia ada sifat setia menunggu didepan pintu dan dia tau bila masa tuan nya balik,” kata seorang lagi netizen.

Kiky sering kali muncul dalam perkongsian harian Datuk Seri Najib di media sosial, dan keberadaan kucing comel itu dilihat memberi ketenangan serta kegembiraan kepada beliau.











