Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu hantaran ‘misteri’ di Facebook rasmi beliau malam ini dengan poster berwarna biru gelap yang tertulis “Akan Datang: Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia”.
Tanpa butiran lanjut, kapsyen pendek “Nantikan.” telah mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan warganet yang rata-rata tertanya-tanya apakah kejutan yang bakal diumumkan oleh kerajaan MADANI.
Baca juga:
- JAWI bantah penganjuran pesta air di Kuala Lumpur
- GSF 2.0 dipintas: SNCC sahkan 10 rakyat Malaysia ditahan
- Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan, 10 km dari lokasi kejadian
Apa sebenarnya maksud ‘penghargaan luar biasa’?
Setakat ini, tiada pengumuman rasmi dikeluarkan, namun ramai menjangkakan ia berkemungkinan berkaitan:
• Bantuan kewangan tambahan atau insentif rakyat
• Pengumuman ekonomi seperti pengecualian cukai atau subsidi
• Program penghargaan nasional menjelang sambutan Hari Kebangsaan
• Pelancaran inisiatif baru berkaitan pendidikan, kesihatan atau pekerjaan
Di ruangan komen, ada yang berharap ia membawa berita baik untuk rakyat, namun tidak kurang juga yang secara sinis mengaitkannya dengan isu cukai.
Netizen: Harap tol dimansuhkan, harga minyak diturunkan

Netizen: PMX letak jawatan?

Netizen: ‘Terima kasih PMX!’

Setakat ini, hantaran tersebut sudah meraih lebih 9,000 reaksi, 3,300 komen dan ratusan perkongsian, membuktikan betapa besar perhatian yang sedang diberikan terhadap pengumuman yang bakal dibuat.








